advertisement

Cerita Orang Rabun

Sejam waktu rehat tengah hari ni dimanfaatkan sebaiknya depan PC.. Apa lagi kalau tak 'online' kan.. HAHA.. 
Sapa rabun dan bercermin mata? Kita geng. Kalau rabun yang pakai 'contact lens' tak geng ok.. HAHA.. 

credit

Alhamdulillah, kami bukan buta, cuma nampak kabur. Ini cerita saya, budak rabun jauh.
1. Kadang-kadang, kami tertidur pakai cermin mata. Kadang-kadang kami terjaga bila ada bunyi, prakkkk. πŸ˜‚ masa tu, kami belajar erti penyesalan sebenar.
2. Jika lupa letak cermin mata di mana, kami akan menggelabah. Sebab untuk cari cermin mata tu, kami perlukan cermin mata. πŸ˜‚ Maka, mak dan adik beradik selalu jadi mangsa untuk tolong carikan.
3. Kalau keluar kereta atau kawasan ber'aircond', cermin mata pasti berkabus dan tak nampak apa-apa. Cuak dia kemain lagi. Kami akan hembus cermin mata tu dan gosok guna baju.
4. Kadang-kadang, kami gosok cermin mata kami guna kain tudung atau baju kawan kami. πŸ˜‚ sorry gais.
5. Kalau mandi kat pantai, kami akan buka cermin mata dan tawakal guna penglihatan terhad yang ada. Kalau degil juga, korang jangan pelik kalau jumpa banyak cermin mata kat dasar laut. πŸ˜‚
6. Mata kami biasanya sepet kalau buka spek. Kalau tak sepet pun, kami sendiri akan sepetkan mata. Jangan tanya kenapa. Ada juga kata anak mata kami bersepah. πŸ˜‚
7. Orang berkaca mata biasanya ada masalah pendengaran sedikit. Sebab doktor kata, telinga dan mata ada kaitan.
8. Kami selalu ambil masa nak pilih bingkai cermin mata. Kalau dah terbiasa dengan satu bingkai, kami ada potensi pilih design yang sama lain kali.
9. Muka orang pakai kaca mata ni kadang-kadang se'pattern'. Kami akan selalu jumpa orang cakap macam ni, "Muka awak sama dengan kawan saya"
10. Orang pakai kaca mata mudah rasa pening kepala. Tapi kalau sangkut dalam jem, orang tak pakai kaca mata pun boleh pening kepala. πŸ˜‚
11. Kami ada tabiat betulkan kedudukan cermin mata guna tangan terutama masa bercakap dengan orang.
12. Kami paling takut kalau orang terpijak cermin mata kami.
13. Biasanya, kami ada cermin mata ke-dua. Back up.
14. Kami ada masalah kalau berpeluh atau berlari atau rukuk. Cermin mata ada potensi menggelongsor dan buat kami rasa tak selesa.
15. Kadang-kadang, kami jeles dengan orang yang tak perlu pakai cermin mata.
16. Saya rabun jauh, jadi, kalau baca buku, saya tak selesa pakai cermin mata.
17. Kalau pakai baju atau bukak baju, kadang-kadang kami lupa buka cermin mata dan ia tersangkut bersama baju.
18. Kalau naik motor waktu hujan, kami terpaksa berhenti tepi kalau helmet tak da visor. Sebab cermin mata kami tak da wiper.
19. Masa belajar bercakap depan orang ramai dulu, saya buka cermin mata supaya tak nampak muka orang ramai.
20. Pemerhatian saya, kebanyakan budak berkaca mata pernah pakai cermin mata fotokromik, yang boleh bertukar gelap kalau kene matahari.
21. Kadang-kadang side burn kami terangkat sebab tersepit oleh bingkai cermin mata.
22. Kalau perempuan, kami perhatikan, suka pakai cermin mata, bingkai letak luar tudung sebab kalau masukkan bingkai sekali, nampak lebar katanya. πŸ˜‚
23. Ramai orang fikir, budak pakai cermin mata ni sebab banyak baca buku. Saya setuju. Memang pun, saya banyak baca buku. . . . . komik. Tapi, ramai budak sekarang kecik-kecik pakai cermin mata sebab banyak tengok skrin. πŸ˜§ Kami dulu kalau tengok Flashman ke, Tomatoman ke, Keluarga Yogi ke, Sailormoon ke, Cybercop ke, jarak mata dengan TV masih lebih sedepa. Budak sekarang, jarak mata dengan skrin kurang sejengkal. πŸ˜§
24. Lepas buka cermin mata, kami ada tabiat sapu muka, sapu mata atau korek taik mata. πŸ˜ˆ
25. Kami ada masalah kalau bermain dengan budak kecil. Masa gomol diorang, cermin mata kami selalu terkena muka comel mereka. Kesian kau dik. πŸ˜‚
26. Setiap kami pernah ada kawan yang tanya soalan ni, "Berapa power ko?", "Nak cuba spect ko boleh?". Lepas dia cuba, dia akan kata, "Uish. Pening kepala aku pakai spect ko ni"

Credit: Bro Spek

Kawan-kawan yang tak rabun selalu nak tuduh kami yang rabun-rabun ni sombong kalau tak senyum (jika tak becermin mata). Depa lupa atau buat-buat lupa yang kami ni rabun.. Haha.. Kisah sampai 26 episod kat atas tu bukan I tulis, copy paste saja.. Kira mewakili suara hati.. Kah..kah.. 
Tengah-tengah hari ni ngantuk, jadi bagi menghilangkan ngantuk tu update dulu seround.. HEHE.. 



Setelah Cuti Yang Panjang....




Fuhh, lama gila rasanya cuti 'blogging' ni.. Terasa rindu nak menaip. Rindu nak terjah menerjah..

Lama sangat senyap, memang tak ada idea nak celoteh pasal apa. Ni kira entri 'warm up' aje lah. 

Rancangan nak berehat sebulan aja, ini dah melalut sampai 2 bulan.. Hehe.. Terima kasih yang sudi tanya-tanya bila nak beraksi kembali.. Sikit sebanyak bagi I semangat nak kembali berblog. 

Ada dua-tiga perkara yang perlu diberi perhatian, sebab tu terpaksa ambik keputusan berhenti sekejap bagi memberi keutamaan pada hal lagi penting. 

Alhamdulillah 18 hbln 6 yg lepas, baru ja habis 'exam' akhir untuk tahun pertama pengajian I ni.. Suka sangat dah habis 'exam'. Keputusan ok ke k.o kita fikir kemudian.. Hehe.. 

Sekarang ni tengah sibuk menjahit dengan buat kuih raya untuk raya nanti. Kerja kat 'office' ni bertambah-tambah lah sebab asyik 'on-off ' ja kerja. 

Sungguh terasa serabut kepala otak ni, bila terpaksa buat macam-macam hal dalam satu masa, kerap jugak sakit kepala. Tapi, semuanya tak akan patahkan semangat I nak habiskan belajar (Inshaallah). 

Tahun pertama dah habis, jadi bersedia nak ke tahun kedua pulak..Harap sangat 'result' nanti ok. Tak cemerlang gemilang terbilang pun tak apa, asalkan lulus dengan baik (cukup syarat tu bahaya).. 


NK: Sabar eh nanti I terjah menerjah U ols pelan-pelan.. Masalah internet dan laptop yang nyawa-nyawa ikan buatkan I tak boleh 'online' selalu.. Harapkan PC 'office' saja, mana nak berperang dengan kerja lagi.. Hehe.. 

Salam Ramadhan AL-Mubarak semua.. Ada yang nak jemput Iftar sekali tak? Pm..pm.. :P






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...