advertisement

Selamatkan Tapak Arkeologi Sungai Batu


Sepanjang tiga tahun menetap di Lembah Bujang, Merbok Kedah sekitar tahun 2009 hingga 2012, laluan Sungai Batu ni yang menjadi laluan utama jika nak ke Sungai Petani. Boleh kata setiap minggu melalui jalan ni.

Kalau pernah lalu kat kawasan ni mesti nampak kat kiri dan kanan tapak-tapak arkeologi tersebut yang berada tengah kawasan kelapa sawit. Dimaklumkan, ladang kelapa sawit tersebut ialah milik persendirian.

Kawasan Lembah Bujang ni memang sudah lama menjadi menempatan penduduk. Banyak tingalan sejarah yang ditemui di sana seperti Candi Lembah Bujang. Penemuan demi penemuan disana yang dijumpai. Ianya jelas terbukti Bangsa Melayu telah lama bertapak di Semenanjung Tanah Melayu ini. 

Tapak Arkeologi ini dikatakan berusia lebih 600 tahun Sebelum Masihi. Iaitu seusia dengan Tamadun Rom dan Greek. Hebat bukan? Ianya membuktikan bahawa Bangsa Melayu tu bertamadun dan telah lama wujud. 

Menurut berita yang di sebarkan, kawasan Sungai Batu tersebut akan diratakan dan tapak tersebut akan dimajukan. Ini bermakna, tapak yang penuh bersejarah tersebut akan hilang. Banyak isu-isu yang timbul tentang ini, tapi entahlah. Pihak yang berkuasa seolah-olah 'lepas tangan' sahaja. Sedih bukan kalau tapak yang bersejarah ini terus hilang nanti. 




Kenapa kita perlu mempertahankan Tapak Arkeologi Sungai Batu ni?


Khazanah ternilai negara akan lenyap? dilihat kemboja bangga dengan Angkor Wat nya, Indonesia bangga dengan Borobudur, China dengan Great Wallnya, Kita? khazanah hebat yang dijumpai iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu 500 BC dikatakan akan lenyap kerana akan diratakan untuk aktiviti pembagunan.Menurut sumber, tanah tapak ini adalah milik persendirian..

APA ISTIMEWANYA SUNGAI BATU?

Terdapat persoalan daripada orang ramai, kenapa kita harus pertahankan Sungai Batu sebegini sekali? Apa yang hebatnya Sungai Batu ini sehinggakan kempen ini disambut dengan baik oleh page-page terkemuka di Malaysia? Mari saya hujankan anda dengan fakta-fakta pendek kenapa harus pertahankan SUNGAI BATU.

1. Sungai Batu ialah bukti tamadun tertua bangsa Melayu. 600 Sebelum Masihi, sezaman dengan Rom dan Yunani. 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S
2. Sungai Batu ialah bukti hidup bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun. Lebih 2500 tahun yang lalu, bangsa Melayu masak besi beb! Bukannya buat jarum, seperti mana yang didakwa oleh segelintir bahawa Melayu Bina Sebatang Jarum Pun Tak Mampu.
3. Besi terbaik dunia datangnya daripada peradaban ini. Sehinggakan terdapat teori dan hipotesis yang mendakwa bahawa besi yang digunakan untuk menempa Pedang Rasulullah adalah datang daripada tamadun ini.
4. Ada sehingga 4-7 buah kapal yang berusia sehingga 2000 tahun yang terdampar di dasar tasik di tengah hutan kelapa sawit. Kapal itu dikatakan sepanjang 70 meter, dan tiang layarnya dapat dilihat dari permukaan. Itu belum dikatakan lagi dengan tapak sungai batu ialah penemuan arkeologi tapak metropolis purba yang paling lengkap di Asia Tenggara. Tak keterlaluan kalau dipanggil bahawa Sungai Batu ialah 'Mohenjo-Daro dan Harappa Melayu'.
5. Tapak Sungai Batu ini adalah SEZAMAN dengan Taman Tergantung Babylon yang dibina oleh raja agung dari Mesopotamia iaitu Nebuchadnezzar II.
6. Tapak Sungai Batu adalah 400 TAHUN LEBIH TUA daripada Tembok Besar China yang dibina oleh DINASTI QIN dan juga 1600 TAHUN LEBIH TUA daripada TEMBOK BESAR DINASTI MING yang wujud pada hari ini.
7. Tapak Sungai Batu adalah 600 TAHUN LEBIH TUA daripada pembinaan COLLOSSEUM di Rom yang dibina pada 70 Masihi untuk menjadi tempat hiburan rakyat Rom menonton para gladiator bertempur sesama sendiri dan juga haiwan buas seperti harimau dan singa.
8. Tapak Sungai Batu adalah 1773 TAHUN LEBIH TUA daripada MENARA CONDONG PISA yang terkenal di Itali itu.
9. Tapak Sungai Batu adalah 300 TAHUN LEBIH TUA daripada RUMAH API ISKANDARIAH yang pernah menjadi salah satu daripada banggunan tertinggi pada zaman purba yang dibina oleh Dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir.
10. Tapak Sungai Batu adalah 2000 TAHUN LEBIH TUA daripada MACHU PICHU yang dibina di Peru oleh TAMADUN INCA.
11. Tapak Sungai Batu adalah 1000 TAHUN LEBIH TUA daripada Hagia Sophia yang dibina oleh Empayar Byzantine lalu dijadikan masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
12. Tapak Sungai Batu adalah SEZAMAN dengan PIRAMID bangsa Maya yang bernama CHICHEN ITZA yang dibina di pendalaman hutan Amerika Tengah.
13. Tapak Sungai Batu adalah 200 TAHUN LEBIH TUA daripada PETRA di Jordan, sebuah seni bina agung yang dipahat pada tepi gunung oleh bangsa Arab Purba.
14. Tapak Sungai Batu adalah adalah 2200 TAHUN LEBIH TUA daripada TAJ MAHAL yang dibina oleh SHAH JAHAN, yang konon dibina atas lambang cinta sejati.
15. Tapak Sungai Batu adalah 1350 TAHUN LEBIH TUA daripada BORUBUDUR yang dibina oleh DINASTI MELAYU SAILENDRA di PULAU JAWA.
16. Tapak Sungai Batu adalah 1700 TAHUN LEBIH TUA daripada ANGKOR WAT yang berdiri di bumi KEMBOJA hari ini yang dibina oleh Suryavarman II dari Kerajaan ANGKOR.
17. Tapak Sungai Batu adalah 100 TAHUN LEBIH TUA daripada PATUNG ZEUS yang dibina oleh TAMADUN YUNANI.
18. Tapak Sungai Batu adalah jauh lebih tua daripada kebanyakan binaan-binaan agung di seluruh dunia. Sekarang… masih ada yang bertanya apa istimewanya Sungai Batu?
19. Tapak ini adalah bukti bahawa bangsa Melayu membina peradaban hebat jauh lebih hebat dan tua daripada kebanyakan-kebanyakan penemuan hebat di dunia.
20. Ini ialah bukti bahawa bangsa Melayu ialah bangsa yang sangat bertamadun!
21. Justeru, kami berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat melakukan sesuatu untuk terus mengangkat Tamadun Sungai Batu sebagai tempat terbaik tamadun Melayu. Khazanah bangsa yang tidak ternilai terdampar di tanah yang cukup luas.
22. Apa yang berada di tapak ini adalah tidak ternilai sekali walaupun dengan wang puluhan malahan ratusan billion ringgit sekalipun.
23. Semoga juga kerajaan pusat dapat membantu kerajaan negeri dalam membeli tanah persendirian yang terkandung tapak berpotensi besar seperti kapal-kapal purba Melayu berusia sehingga 2000 tahun sepanjang 70 meter dan juga rangka manusia purba Kedah Tua.. 


Sumber: The Patriots

Sumber-sumber lain:-
1. Save The Oldest Civilization In South East Asia:  https://goo.gl/qY27DH


Bersama kita sign petition untuk menyelamatkan khazanah yang tidak ternilai negara ini.  https://goo.gl/4iGWFF (klik link tu ok).. Jom selamatkan khazanah negara ni...

37 comments:

  1. Alaaaa betul ke? Patutnya tapak ni terus dipelihara dan dijaga. Harap2 berjaya dipertahankanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 lah isu politik ni akak.. Ntah la depa ni, tak paham betoi.. Jom akak sign petition tu sama2

      Delete
  2. sayangnya! ni salah satu bahan sejarah yang penting..harap dapat dipertahankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan.. jom akak sign patition tu sama2.. klik link

      Delete
  3. Sedihnya.. Selalunya Jabatan Warisan akan ambil alih tempat ni dan terus buat cari gali sepertimana yang terdapat di Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isunya agak panjang mummy.. klu ada masa blh baca kat sini 1. Save The Oldest Civilization In South East Asia: https://goo.gl/qY27DH..
      kat sana memang ada aktiviti cari gali yg xsilap under USM.. tapi itulah xda sokongan dana yg kuat..

      Delete
    2. Tu la bila bab garigali ni, memang perlukan banyak support especially specialist dalam cari gali dan dana naik taraf tempat tu. Kalau kat oversea benda2 ni pasti takkan terjadi.. Dorang lebih menghargai nilai2 sejarah. Sedih.

      Delete
    3. Sebenarnya kawan mummy ( Lecturer IPTA kat Penang) ada tanya pasal isu ni dulu, tapi tak dapat tangkap kat mana lokasinya.. bila shida update isu ni baru mummy tau.. Thanks Shida.

      Delete
  4. rasanya dulu pernah kuar kt majalah 3....pasal USM tgh cari gali kat situ...xkan dah tutup plak tpt tu??? iskkk....sayangnyerrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tutup lagi.. tapi ketandusan dana xsilap.. dengar2 lah bakal ditutup sebab perusaha nak naikan rumah kat kawasan tu

      Delete
    2. sayangkann.... makin punah la tinggalan sejarah Malaysia nanti kalo dibina perumahan kat situ..huhuhu.. macam Penjara Pudu.. :((

      Delete
  5. walaupun tak minat tempat2 macam ni..
    tapi kena pertahankan !! warisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun lalu ja, tak terasa pun nak singgah jengok2 ke apa.. tapi klu Thailand sanggup buat sejarah fake, kita yg dah sah2 betul tak kan nak musnahkan..

      Delete
  6. Sayang kalau dimusnahkan.. tapi tak mustahil ianya boleh berlaku.. kalau tiada pihak berkenaan campur tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2 sign petition tanda sokong

      Delete
  7. sepatutnya kita kena pertahankan warisan nih.. sayang kalau dibiarkan, maunya ia akan ditelan arus pembangunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk Candi lembah bujang sudah lah yg terdekat

      Delete
  8. dalam beberapa tahun ni memang kerap lalu jalan ini....

    ReplyDelete
  9. Malaysia lebih penting kan duit dan keuntungan berbanding benda-benda macam ni...

    kalau negara luar mungkin dah jadikan tempat perlancongan yang menarik siap ada kedai makan, outdoor theme park dan macam-macam lagi untuk tarik orang ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemikiran mundur.. walaupun ianya tinggalan sejarah, ianya bernilai sangat..

      Delete
    2. Yup manusia la nni lebih pentingkan keuntungan dari nilai sejarah tu sendiri. Tapi bila kita pi negara2 luar ok je tempat2 sejarah dorang..membangun dan jumlah pelancong makin meningkat setiap tahun.

      Delete
  10. Replies
    1. mesti Kak Yan tak baca pun kan entry ni..

      Sejarah yg membentuk kita sekarang.. tak da sejarah xda la sekarang.. minat xminat belakang cerita, warisan kena kekalkan, kena jaga.. xsemua tmpat ada sejarahnya, kita beruntung.. Huhu

      Delete
    2. Mummy pun macam Kak Yan, tak suka sejarah.. tp bila dah duduk dlm bidang ni, baru mummy sedar betapa indahnya nilai sejarah .... sejarah dimana semuanya bermula.

      Delete
    3. kan Mummy.. baca buku memang xbest, while dah alami, rasa lain..

      Delete
    4. setuju dengan mummy julia n syida
      sejarah membentuk jati diri kita
      tak ada sejarah...tak ada kita

      Delete
  11. baru je maca tajuk berita pasal ni ... harap ianya terus dikekalkan ...

    ReplyDelete
  12. meremang bulu roma baca.. hehe..

    thanks sbb jadi top pengomen tegar dalam blog saya..

    ReplyDelete
  13. Hari Sabtu nie geng-geng The Patriot akan pergi kesana untuk lawatan .

    ReplyDelete
  14. SS belum pernah jejak tempat lain di kedah kecuali langkawi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dibuka utk org ramai.. I pun lalu sambil jengok2 camtu je..hehe

      Delete
  15. Rasanya pernah tengok kat majalah 3 dulu...

    ReplyDelete
  16. Entri Syida ni bagus boleh jadi bahan rujukan anak kakak..

    ReplyDelete
  17. kenapa diorang nak majukan tempat yang ada sumber bersejarah camni
    emm..saya baru tahu pasal ni

    ReplyDelete
  18. kaknoor pernah sekali kesini tpi dah lamaaaaaa dulu masa tu tahun 80 an kot banyak kenangan disini, syglah kalau dah nk diratakan syida tkdpt tunjuk kt anak2 nnt

    ReplyDelete
  19. Dah pergi pada disember 2015. Tapak yang unik di asia tenggara sebab tertanam dalam tanah. Susah nak jumpa. Tapak di negara lain mudah nampak sebab bukan dalam tanah.

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...