advertisement

Suplemen Sebagai Hantaran Kahwin

Cuti sekolah sudah bermula.. Yihaaa.. Seronok tau musim2 cuti sekolah, sebab banyak undangan kenduri kahwin. 

So, bride and groom to be, pening kepala fikir nak bagi hantaran apa buat pasangan anda, apakata cuba sesuatu kelainan sikit. 

Asyik2 bagi baju, handbag je kan.. Bagi suplemen kegemaran buat pasangan u ols.. Pasti lebih menarik bukan?


Fidyah

Alhamdulillah.. Bersyukur kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan Insyaallah tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak.

Hah, U ols dah ganti belum puasa yang ditinggalkan tahun lepas? Apa! belum lagi..


Tak pa..tak pa jangan susah hati.. Masih ada 18 hari lagi berbaki bulan Syaaban sebelum datangnya Ramadhan. Kalau yang tinggal lebih dari 18 hari tu terpaksalah bayar Fidyah nanti sebab tak sempat qada puasa tahun lepas.

Yang mana masih mampu dan sihat baik ganti ye puasa. Jangan liat2 ye. Babab nanti.. :D

Kalau kita tak sempat ganti puasa tahun lalu sehingga bertemu ramadhan tahun ni, bilangan hari yang tak sempat qada tu kita kena ganti dan bayar fidyah sekali.


Fidyah ialah ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah wajib, maka justeru itu fidyah adalah wajib mengikut syarak.



Sweet Gift From Sweet Person

Tajuk harus omputeh sebab tecer bagi.. Tapi isi melayu lah erk.. Tak siap lak entry kalu karang omputeh.. :P

Sapa yang sweet tu kan yang bagi hadiah sweet kat I? :D

Macam biasalah, my colleague pass brown envelope yang tertera nama I yang comel tu (perasan kan nama comel).. Haha..

I tertanya-tanya gak, sapa lah yang pos tulis nama Suida ni selain Jari Manis (JM).. 

Tapi kan dia dah bagi.. Baru je sangat2.. Boleh baca sini hadiah dari Korea dari JM.

Bila dibuka envelope tu ini yang I dapat,

Translator

Ada la kenalan kat sebelah ofice ni, pasangan suami isteri yang bukan warga negara. Si suami warga Bangladesh, si isteri warga Indonesia. 

Depa ni kahwin kat selatan Thai (kalau tak silap I laa). Pastu daftar nikah kat Kedah. Setelah sekian lama (bapa tahun ntah nikah), dapat la sijil nikah ni haaaa...



Tulisan jawi u ols. Jawi lama ni.. Habislah tak paham habuk pasangan suami isteri bahagia ni. hehe..

Di tanya sana, tanya sini, amenda lah ni kan.. menurut mereka, sijil ni di pos kepada mereka.

Pekerja Bangladesh company I ni tanya, tahu tak baca tulisan arab tu. 

Huh! arab. I pun jawablah, " Baca tau, paham belum tentu. hehe.. Ala u tau baca Quran, hah maksud U tau dak?" I bertanya camtulah kat dia sambil gelak2.

Dia pun bawak mai ini sijil laaa... 

Tikus Gergasi-Gelinya..


Splinter Sensei dalam Mutant Ninja turtles datang Malaysia u ols..

Agak2 u ols kalau jumpa ngan tikus besar ni, apa u ols buat?

I, jumpa tikus saiz biasa tu pun menjerit, melompat tak ingat, inikan tikus besar macam ni.. 

Gelinya tengok.. mengikut sumber, katanya tikus ni ditangkap kat area Subang Jaya. bahagianya tikus ni dapat makanan lazat2 kot sampai membesar macam ni. Atau tikus ni jenis yang besar.

Ntah2 tikus mutant ni.. Hehe..

TMNT is coming. Splinter melawat kawasan dulu, selamat ke tak nak bertapak.. Huhu..


Waiting, we are coming to your place..

Heheheheee...



Sedu (Hiccup)

Sedu akan menyebabkan seseorang tidak selesa dan merimaskan. Kalau dulu-dulu masa kecik2, kalau sedu mak kita mesti letak tisu yang dibasahkan kat dahi kan. Tapi, apa kaitan?

Sedu bukan penyakit, tapi biasanya berlaku sebab sesuatu penyakit. Ye ke?

Mari I kongsikan kenyataan dari seorang doktor yang juga seorang blogger. 

Credit to Drzubaidi.com
Sedu (hiccup) terjadi apabila kita menarik nafas, diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Malah, apabila kita menghembuskan nafas, diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. 

Ada ketikanya diagfragma menjadi terganggu semasa kita membuat pergerakan menarik ke

Zaman Dimana Manusia Hilang Sifat Kemanusian

Hilang sifat kemanusian.. Manusia dah jadi teruk dari BINATANG. Malah lebih teruk ke tahap yang tak dapat digambarkan lagi.

Sedih..sedih..

Saban hari ruang akhbar, facebook, youtube, mahupun blog memaparkan kat kita semua tentang kekejaman manusia yang....aarrghh susah nak labelkan.. Mereka2 ni kejam tahap setan lah.. 

Memang dalam bulan Mei ni akan kita dengar banyak kes2 buang dan bunuh bayi terutamannya yang baru lahir. Biasanya geng2 sundal ni buat projek masa merdeka tahun lepas. Memang bulan ni bulan ramai lahir 'anak haram' kan. 

Sedih..sedih..sedih..

Dah la dengan tak bersalahnya buat zina, pastu dengan senang hati buang anak tu, atau paling kejam, dikerat-kerat sebelum buang.. Ni sah geng suka telan dadah ni, sampai hilang akal tahap merudum. 

Projek Raya: Tempahan

Dah dekat nak raya ni kan, macam2 persediaan dah yang kita buat. Bab baju raya, biasanya 3-4 bulan sebelum tu lagi dah tempah. Untuk tahun ni lagi, I tak pernah kisah pasal baju raya, tapi sibuk siapkan beberapa pasang baju tempahan saudara mara.

Tak sangka u ols, I yang masih hingus-hingusan ni dalam dunia menjahit, dapat tempahan. tempahan pertama form Miss A (my hosmate), dia nak I jahitkan kurung moden untuk dia. Alhamdulillah baju dah 98% siap.

Macam mana sedara mara boleh tempah tu sebenarnya gini..

Masa kenduri tunang my cousin 3 minggu lepas, depa nampak I pakai dress yang I jahit ni, boleh refer sini

Tiba mak cik I tanya, "beli ke upah?"

I jawab, " tak la, jahit sendiri.." 

Oooo dah pandai jahit.. hah, baju adik2 ni tak p hantar lagi nak jahit, boleh dak buat kat depa sorang sepasang baju macam ni (merujuk kepada dress I tu). 

Khasiat Omega Guard Shaklee

Suplemen minyak ikan bukanlah baru dikalangan kita kini. Banyak syarikat makanan tambahan berlumba-lumba menghasilkan suplemen minyak ikan.

Minyak ikan yang macam mana menjadi pilihan kita? Adakah minyak ikan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi? 

Minyak ikan laut dalam memang kaya dengan kandungan asid lemak Omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA. Kadar penguraian ALA ni bergantung kepada badan masing2. 
Yang specialnya Omega Guard Shaklee ni, ada semua tu [DHA, EPA & ALA]. 

EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak. 

Omega Guard dihasilkan melalui suatu  proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega-3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdapat di dalam kebanyakkan jenis ikan. 





Kepada Ikan laut dalam berisiko mengandungi logam berat seperti merkuri? Pernah tengok cerita Titanic? cerita kapal karam kat lautan tu..hah sudah apa kaitan semua tu..

Secara mudahnya begini, lautan dalam selalu dilalui oleh kapal2 dagang dan lanun. Kapal2 yang karam di lautan akan menjadi rumah dan ditumbuhi tumbuhan laut yang menjadi makanan ikan2.

Pencemaran minyak, sisa2 kapal yang karam tersebar sekitar kawasan laut yang menjadi habitat ikan2 dan hidupan laut lain. Oleh sebab itu, minyak ikan yang dihasilkan daripada ikan laut dalam berisiko mengandungi logam berat.





KELEBIHAN OMEGA GUARD
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan paras kolesterol
  9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Kekalkan tahap kesihatan triglisetida dan kolesterol LDL
  11. Mengawal masalah obesiti
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Bagus untuk ibu hamil- membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan sistem imun tubuh
  16. Membantu sihat kan paru-paru
  17. Memperbaiki masalah kulit seperti eczema dan alahan
  18. Mengurang kan penyakit lelah, hepatitis, dan SLE
  19. Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser payudara, prostat, buah pinggang dan paru -paru
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan baik
  23. Memelihara fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout

Kesimpulannya, Omega Guard sangat baik dalam membakar lemak jahat yang akan menjadi punca kepada kolestrol yang tinggi. Ini akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti jantung, darah tinggi dan kegemukkan.



Mengambil makanan tambahan yang salah adalah lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mengambil langsung makanan tambahan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan suplemen minyak ikan ini, anda boleh hubungi 
011-21421925. Konsultasi adalah secara percuma. 










Doa Harian: Doa Memohon Pertolongan




I mula menyebut zikir ni masa sekolah rendah dulu..
Tok guru mengaji Quran yang ajar..

Berbalik kepada waktu tu....
Hujan lebat, I ngan kakak, abang dan kawan2 lain, macam biasa, pas magrib kami akan pergi mengaji Quran kat rumah Tok Guru kami ni lah..

Hujan yang lebat, ditambah dengan guruh yang kuat. 
Tiba2 letrik tak dak. Tok Teh (tok guru yang ajar ngaji tu), baru balik dari Masjid. 
Dia ajar kami semua doa ni..
Katanya baca ketika kita ingin memohon bantuan Allah..

Masa tu mana nak diajarnya maksud kepada bait2 ayat yang dilafaz.
Lepas berjaya hafal, so I amalkan..
Kadang2 ingat..kadang2 lupa..gitulah manusia..

Budak2 betul masa tu u ols.. Dah doa ni diajar masa hujan lebat ngan letrik terputus. 
U ols nak tahu, 
I amalkan doa ni masa hujan lebat atau ketika petir dan guruh yang kuat saja..
Takutttt guruh..

Padahal doa ni boleh diamalkan ketika mana kita merasa susah dan nak mohon bantuan dari Allah..

Allah..

Bila dah besar, baru paham maksudnya..

Alangkah ruginya kita amalkan sesuatu yang kita tak paham kan..

Baca Quran dan maknanya sekali baru kita paham apa yang kita baca.. 

Ambil pengajaran didalamnya..


P/s: Sama2 mengingati.. Sama2 beramal.. Salam Jumaat penghulu segala hari..
Wasalam..








Terkejutnya..

Tengah dok sibuk-sibuk buat kerja (sibuk lah sangat), office mate pass parcel yang sah2 tertera nama pemberi kat slip pos tu..

Hati I berbunga-bunga dan mata bercahaya u ols..

My Office mate I kenal dengan nama tu. 

Ya kenal katanya.. Sebab dia ada baca entry2 pemilik nama tu. 

I terharu U ols, hari tu nama I yang penuh glamer ni di bawahnya travel sampai ke Korea. 
(bukan I sorang, ada ramai lagi dia bawak.. Top Komentar kat blog dia)..

Kalau rasa nak kembara ke 'kampung' dia boleh lah terjah ke blog dia. U ols tanya je dia pasal 'kampung' dia tu, mesti dia tahu. Hehe..

Sebelum nak teruskan scroll ke bawah, nak say sorry kat u ols, gambar memang sedikit blurr sebab kamera yang digunakan adalah cap ayam. 

Rasanya kalau ayam boleh guna henfon, mesti lagi canggih dari I.. hehe

Ditambah pulak dengan kemahiran tahap baby nak tangkap gambar, hasilnya tengoklah..heee 

Cara Mengecilkan Punggung Dengan Cepat

**Repost entry sebab ada tambahan

Sumber: google


Rasa tak selesa dengan punggung dan paha yang besar? Sini nak kongsikan cara mengecilkan punggung dengan cepat.

Ada orang nak punggung besar supaya nampak seksi, ada orang tak selesa dengan punggung yang besar. 

Macam I sendiri pun, memang tak selesa.. Bukan apa banyak2 tempat bahagian situ jugak yang susah nak kurus pun. 

Rezeki kerja bukan pada sijil

Credit to Rahsia Hawa (Facebook)
I like this. very like this. Hehe..
I ingat lagi, 2 tahun lepas, masa I tolak permohonan Degree atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Macam2 cemuhan dan kata2 yang sangat mengguris daripada orang sekeliling.
Tapi, masih ada juga yang menyokong atas dasar memahami.

3 bulan lepas, sorang kawan baru habis degree (belum convo lagi).
Tak pernah pun tanya khabar, tak pernah pun mesej apa2 sebelum ni..
Tiba2 call I tanya, ada kerja kosong tak kat office I..

Punca Resdung

Bersambung lagi kita pasal resdung. Bila berkaitan dengan diri sendiri sesuatu benda memang seronok nak dibincangkan. 

Apa yang I nak sampaikan kat sini lebih kepada pemahaman sendiri dan sedikit maklumat tambahan yang I sempat baca dan catatkan. 

I tak mampu nak buat kajian bagai, dah ramai yang tolong buat, I cuma tolong kongsikan sahaja. Hehe..(over plak nak wat kajian)

Sekali lagi I terangkan maksud resdung itu sendiri, resdung adalah istilah melayu yang bermaksud penyakit hidung yang disebabkan radang pada selaput sinus.  I ada kongsikan pada entry apa itu resdung beberapa hari lalu. 

Jika berlaku alahan atau jangkitan kuman pada rongga sinus ialah dipanggil sinusitis atau resdung. Semua orang berisiko berlaku resdung baik kanak2 mahupun dewasa. Mengapa?

DOA HARIAN: DOA MEMUDAHKAN URUSAN DAN KESABARAN

Credit from google
"Belum terbukti beriman seseorang itu sebelum mereka diuji."


Ujian itu tanda Allah sayang.. 
I tahu ramai kat luar sana diuji dengan macam-macam.
Sakit laa, kesempitan hidup laa, atau apa sahaja.. 

Allah tak kan uji hambanya melebihi kemampuan mereka.
Ujian itu tanda Allah sayang..

Hari ni, I nak kongsikan 2 doa yang mudah untuk diamalkan. 
Rasanya ramai dah hafal ni..


Kredit: google

kredit:google


Sehebat mana pun ujian kita,
itu semua tanda Allah sayang..













SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN E-PJJ USM BERMULA 5.5.15

Updated!!


Siapa yang ada buat permohonan e-PJJ USM masa Mac lepas, yang I pernah kongsikan kat sini dulu., ols dah boleh check result hari ni.

 Ya hari ni..

I baru dapat mesej information tadi, dah pun masuk ke website https://pohon.usm.my. 



isi IC betul2 ye, IC malaysia bukan bangladesh.hehe


Isi no IC u ols dan klik semak. Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Kepada yang tak berjaya, tak pa cuba lagi. Banyak lagi tempat yang tawarkan program pjj ni. 


I ?

Apa itu resdung

Resdung adalah istilah melayu yang bermaksud penyakit hidung yang disebabkan radang pada selaput sinus. 

sumber:google

Sinus ni pulak ialah satu rongga atau ruang dalam tengkorak di bahagian kepala, pipi dan hidung. Jenis2 sinus ialah sinus hidung (paranasal sinus), sinus pipi ( maxillary sinus), sinus belakang hidung (ethmoid dan sphenoid sinus) dan sinus dahi (frontal sinus).

Jika berlaku alahan atau jangkitan kuman pada rongga sinus ialah dipanggil sinusitis atau resdung.

Sinusitis ni ada fasa-fasanya, biasanya bermula dengan √°llaergic rhinitis' sebelum menjadi acute atau chronic. 

HADIS: Siapakah orang muflis itu?

Hadis of the day.. 

Semoga kita tak termasuk orang muflis itu..



Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits Riwayat Muslim)


Tersentap sekejap semasa baca hadis ni.. 

Mohon maaf lah pada orang yang kita telah aniaya, menyumpat atau sesiapa sahaja yang kita buat salah..

P/s: peringatan buat diri dan semua.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...