advertisement

PERMOHONAN e-PJJ USM 2015/2016

Ya.. 
Sekarang masa yang sesuai nak sambung degree.. Kawan-kawan lain dah sambung Master pun.. ai masih terkial-kial nak isi Degree..Hehe..

Tak kisah lah tua ka muda, belajarlah selagi mampu. 2 tahun lepas, ai diterima menjadi student degree sepenuh masa, dek kerana kewangan dan beberapa masalah lain, terpaksalah let it go. Huhu.. 

Kawan-kawan tanya "tak menyesal ka". Selepas ditimbang tara, ai decide tak mau sambung lagi wat masa tu. Walaupun sedih ai tolak dengan hati yang terbuka dan redho, perancangan Allah adalah lebih baik. 



Biasalah, ada yang memahami ada yang tak paham. Macam-macam kata-kata yang mengguris hati dan perasaan ai dapat. Dalam masa yang sama tu, ramai jugak kawan-kawan ai permohonan mereka ditolak.  Frust habislah mereka. Ai yang dapat senang-senang tolak. 

Senang!! Ingat senang ka nak buat keputusan tu. Sia-sia ja isi permohonan bagai, dah la keluar duit nak isi pun, pastu cakap ai senang-senang tolak. huh!..Put ur feet in my shoes baru tahu muat ke tak muat.. Haha (mengarut dah).

2 tahun berlalu, and now ai dah ready nak sambung belajar. Tapi, bukan full time. Ai pilih buat e-PJJ. Permohonan baru ja siap dibuat semalam. Harap sangat kali ni urusan dipermudahkan dan ai dapat tawaran tu. 



Restu mak ngan abah dah minta, doa pun diiring sekali. Semoga diperkenankan. 

For u ols readers, tolong doakan ai berjaya k. Thank in advance. 

Mari ai kongsikan macam mana nak apply ePJJ USM ni. Ai copy paste from website PJJ USM. 



 PERMOHONAN KE PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH (PPJJ)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
   
 PENDAFTARAN
   
 1.Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
 2.Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN USM - PPJJ [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
 3.Nombor PIN USM - PPJJ juga boleh dibeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
 4.Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
                a. No. Kad Pengenalan / Mykad (12 digit sahaja)
                b. Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
                c. Nama Ibu
                d. Alamat emel yang aktif dan betul
                e. No.Pin USM - PPJJ
 5.Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.
   
 PERMOHONAN
   
  1.Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan/No Rujukan jika anda terlupa kata laluan atau no rujukan. Sebarang Pertanyaan sila  hubungi nombor 1 300 888 876.
  2.Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
  3.Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik SETERUSNYA  untuk ke langkah seterusnya.
  4.Sila klik pada butang HANTAR di bahagian akhir - PENGESAHAN bagi melengkapkan proses permohonan anda. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
  5.Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-
1. Salinan Borang Permohonan
2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
3. Salinan SPM/Setaraf
4. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Lepasan STPM)
5. Salinan Diploma/Sijil (Lepasan Diploma)
6. Salinan Transkrip penuh Akademik [Semester 1 hingga Akhir] (Lepasan Diploma)
7. Salinan Sijil MUET (Jika Ada)
8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian (Lepasan Diploma)
9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA [http://www.mqa.gov.my] (Lepasan Diploma
  
                                                          SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
                                                         BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
                                                         JABATAN PENDAFTAR,
                                                         ARAS 2, CANSELORI,
                                                         UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
                                                         11800 USM, PULAU PINANG.

 
        Sila nyatakan nama program yang dipohon di luar sampul seperti berikut :-  
         PERMOHONAN PPJJ  
         [Nama Program / Kursus yang dipohon]  
         Contoh : [PPJJ (SASTERA)]  
        
        ** NOTA :
        Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A.  
  

Next step, nak copy semua sijil dan dokumen and hantar untuk pengesahan, then dah siap bolehlah pos. Permohonan tamat pada 25 march 2015. Jom sapa nak join ai, moh isi cepat. 

43 comments:

  1. saya pun pernah buat permohonan ke e-pjj USM ni dan dah dapat aliran yang saya minat tapi terpaksa tolak sebab masalah lokasi dan kewangan... saya paham masalah tuan blog... kadang kita share untuk orang paham tapi lain yang dapat... banyak banyak bersabar yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab kewangan ni mmg mmbantutkan macam2 hal.. harap sangat urusan kali ni dipermudahkan

      Delete
  2. Replies
    1. nampak sangat nipu nya kuat..haha

      Delete
    2. Betul laaaa... BM pon tak lulus...

      Delete
    3. pandai ja tulis BM.. kira lulus lah tu.. haha

      Delete
    4. haha.. BI A ye.. BM kenapa kelaut.. lempaq p oversea lah ini Ah kak..haha

      Delete
    5. SS guna bahasa ibunda BI....tu yg A tu hahaha

      Delete
  3. anis paham tu.. anis nie pon sekarang terpaksa lepaskan dulu utk sambung degree.. kena stabilkan kewangan baru la dapat sambung balik.. org mane paham ape yg kite rase...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bab kewangan ni, kalaulah start beljar nanti, dah xdak makna nak berjimba sana sini.. bajet kena rangka balik.. hehe

      Delete
  4. semoga berjaya sambung degree ya. btw dah follow awak, kalau sudi followlah kembali :) - Noob

    ReplyDelete
  5. Moga setiap urusan Syida dipermudahkan ye :)

    ReplyDelete
  6. Try ignore kata2 yang mengguris hati die.
    Biasalah ada orang nak tengok kita berjaya, tapi ada yang jelly2 jugak.
    Apa yang penting diri kita well prepared or nope.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Akak.. rindu plak nasihat akak ni.. busy ye sekarang.. ;)

      Delete
  7. Sally pun sambung UiTM... Alhamdulillah la buat masa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak niat nak sambung UITM.. sebab dip dlu ngan UITM.. tapi jauh plak.. USM paling dekat dan murah rasanya.. Mana2 pun xkesahlah asal leh sambung.. :)

      Delete
  8. selagi mampu, teruslah belajar
    usaha peduli kata-kata yang hanya mengguriskan hati tu, tak berfaedah langsung
    apapun selamat maju jaya =)

    ReplyDelete
  9. tak kisah bila pun janji ada keinginan nak sambung =)
    nak apply usm mane tu.. kalo usm engineering berjiran la kite ehehe..
    rumah CT dekat sngt kat usm tu..

    ReplyDelete
  10. Selalu kewangan jdi pghalang kan..tp xpe..mne tau akan ada jalannye..kena doa byk2 ye

    ReplyDelete
  11. bile keluar result ye..tau x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata dlm bulan 5 ke 6 camtu laa..I pun tak pasti..

      Delete
  12. salam menjelang ramadhan, belajarlah sampai ke negeri korea ;p

    ReplyDelete
  13. salam... sy pun faham apa yg penulis blog ni rasa... let it go.. biar je apa yg dia org nak cakap... rezeki Allah luas di muka bumi ni... saya mrupakan pljr STPM 2014 dan mndpt tawaran bljr ke UMS ambilan sept 2015... tp sy tolak tawaran tersebut dgn hati terbuka d sbbkan mslh kewangan, kluarga sy kurang mampu, adik2 bnyk lg nak pakai duit... sy ambik kptsn utk tolak je tawaran tu dulu.. skrg sy mmg ada job sbg kerani.. tp gaji tak lah bsr mana.. ckp utk sara hidup dulu... nnti ingat nak ambil PJJ jugak... tp kalau umur saya bln Januari tahun 2016 nanti 20 tahun 4 bulan boleh mohon tak utk PJJ ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam sis.. Ramai ja pelajar lepasan STPM yg umur lebih kurang u ja dapat sambung PPJJ sidang kali ni.. Umur dah ok tu, cuma waktu bekerja mesti 2 tahun ke atas.. SIs apply saja, Insyaallah ada rezeki.. Berminat nak wat PPJJ kat USM tak? I wish good luck to u..

      Delete
  14. salam.sy pun sdih trpksa brhnti lg di sem 3 sbb jga ank..sy xsnggup nk bg org/ibu sndiri jga ank sy...tpkn nk tnya r..klu xkrja bleh mohon pjj k??

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak pasti pasal tu.. since p orientasi hari tu pun semuanya bekerja.. masa mohon mgkin syaratnya kena keja, tapi klu dah dapat masuk n tak keja tak pe rasanya.. mana USM nak check tiap2 tahun kan..

      Delete
  15. PJJ USM ni antara program yang paling tinggi permintaan. Syarat kemasukan pun boleh tahan juga. Betul, untuk sambung Master, setiap orang ada jalan tersendiri, tak semua orang 'smooth' saja perjalanan. Apapun yg penting kena buat pilihan tepat kena tahu bezakan yg mana perlu diutamakan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  16. pjj master mcmana nk apply ye

    ReplyDelete
  17. semoga berjaya sis..sy ade dapat twrn smbg dip di uitm tp mcm berminat nk pg usm pulak..hadei kompius suda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk belajar ke belum? kalau dah better teruskan saja kalau course tu yg sis minat.. kalau belum, masih sempat nak tukar..
      good luck to you too

      Delete
  18. boleh share tak macam mana kita nak tahu bila borang pjj ipta akan keluar ye ? dan adakah syarat pointer dari diploma tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau utk USM sis boleh selalu rujuk website USM. Kalau USM PJJ buka permohonan dari bulan 1 sampai 3 camtuh lah tiap tahun.. Result keluar dlm bulan 6 ke 7 camtu.. Klu U lain I x pasti.. Boleh selalu jengah website U pilihan sis..

      Delete
  19. Sy pon x bekerja tp nk apply pjj usm. boleh ke? Sbelum ni sy smbg degree fizik full time kat uitm tp quit lepas 1 sem sbb sy sakit. Lepas 2 thn sy try smbg kos lain secara full time jugak kat uitm tp tak dapat teruskan. Sy redha benti skali lagi. Skang sy planning utk smbg pjj usm utk kos matematik. Tp layak ke sekiranye sy tak bekerja?? Sbelum ni sy diploma sains uitm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai suri rumah dapat tawaran ni sbb USM iktiraf suri rumah sebagai bekerja. Utk tahun ni permohonan dah lama tutup.. cuba mohon lagi tahun depan..

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...