advertisement

AURA WARNA MENGIKUT HARI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Warna-warni hari ini tanda kemenangan kita..syukur di panjatkan pada Maha Esa..Eh, lagu raya pulak.. teringat plak lagu raya tu,penyanyi tu tak ingat la pulak.. Hihi

Apa warna kegemaran u ols..Dalam dok google tentang personaliti mengikut warna, jumpa plak dengan yang ni. Ai tahu pasal warna-warna pilihan harian ni dari my lecturer dulu. 

Hari ini hari selasa kan, u ols pakai baju warna apa? Tahu tak setiap hari ada warna-warna yang tertentu, meh nak listkan .. 





1. Isnin - putih


Hari isnin adalah hari untuk kesucian rohani dan semangat. Kira nak mula cycle baru untuk minggu baru (bapa banyak baru daa). Pada hari isnin juga kita disunatkan berpuasa. Nabi S.A.W dilahirkan pada hari isnin. 

Hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.


2. Selasa- Merah jambu / Ungu


Hari selasa adalah hari kasih sayang atau tumpuan.

Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merta dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.


3. Rabu - Biru

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid . Biru dikatakan mampu melancarkan dan memudahkan komunikasi.

Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.



4. Khamis - Oren / Kuning


Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. 


Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. 

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Sebab tu digalakan berpuasa pada hari khamis. 


Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Ops!..


5. Jumaat - Hijau


Hijau lambang iman dan keseimbangan dalam kehidupan.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).


Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.


6. Sabtu - Merah


Merah melambangkan keberanian, kemewahan dan tuah

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.


7. Ahad- Hitam

Hitam melambangkan privasi atau keselesaan

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.


Fakta diatas daripada pandangan pakar motivasi. Ianya mungkin berlainan sedikit mengikut pelbagai pendapat. 

P/s: hari ini hari selasa, so ai pakai baju warna pink. :)

23 comments:

  1. best jugak ni QA, kak noor macam ngam je lah, seluar pink kaler,tapi baju putih lah pulak haha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tak dak pulak.. haha.. boleh lah nak geng ngan merah atau oren..hihi

      Delete
  3. awal plak pakai kuning hari ni....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kuning pun..hihi.. esok pakai biru..

      Delete
  4. Menariklah apa yang Syida share ni. Malam kang gi kelas akak nak pakai baju birulah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah pakai.. well, akak minat biru kan, mesti lagi berseri pakai

      Delete
  5. eheheh baju2 CT semua kaler lebih kurang aja.. tak pink biru x biru pepel hahaha..
    pastu cardigen xde yang lain.. dok yang hitam tu aje hahaha.. bosan tapi nak pakai kaler lain tak berani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah pelbagai CT mesti nampak menarik. dulu2 ai pun mcm tu.. sejak dah kerja kena lah berani mencuba.. klu tak boring ja pegi kerja asyik camtu ja. Colour bg kita keceriaan.. try this, mesti kita akan semangat. even, masih belajar pun.. baru rasa semangat nak belajar..my lect bagitau.. ;)

      Delete
  6. sis JM main belasah je pakai baju x ikut hari kekadang baju tu je dh berwarna warna mcm2 warna ada..

    ReplyDelete
  7. kalau saya main hentam ja nk pakai baju apa hari2...hihi

    ReplyDelete
  8. dah tak fikir pasal nak tetapkan warna ni . pakai taram je ... heheheee .

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...