advertisement

BERTUDUNG ADALAH "OLD SCHOOL" OK

Lupakan isu Kpop tu la kejap. Malas nak layan.. Semoga mereka bertaubat dan kita terus muhasabah diri..


"u ni macam mak cik-mak cik la pakai tutup kepala". 

"Apa pasal tak lepas rambut keluar, U punya rambut tak cantik ka".

Pertanyaan daripada rakan-rakan bukan Islam. Mak senyum je nak.. Mak (ala mak cik gitu) cakap kat dia, pasal rambut ai cantik la ai tak tayang kat orang, nanti ada plak yang cemburu. Haha..

"Haiya, yaka.. kasi tunjuk sikit, betul ka cantik"..


Fuhh, mau makan ini (tunjuk penampar) atau ini (tunjuk kaki).. Haha.. Gelak besar member2 ni..

Ilmu yang kurang didada risau plak ai yang bersoal jawab, takut disalah anggap. Ai cuba terangkan sedikit kenapa perlu tutup aurat kat mereka, sentap juga kawan2 perempuan. Terus tengok badan masing2(masa tu pakat pakai skirt bagai, sekali tertonggek nampak habis)..


Ai tak plak cepat melatah, bila mereka panggil ai mak cik-mak cik bila bertudung.. Nak kata ai pakai tudung bulat labuh berendam ke kaki tu tak pula, ai pakai shawl, tudung2 terkini (labuh la juga, tutup dada), pun kira mak cik-mak cik la sebab bertudung. Hampeh betul mereka-mereka ini.. Haha..

Sekali ada terjumpa statement kat FB, harap dapat menjawab kepada yang dok mengata kami-kami Muslimah bertudung ni old school atau ketinggal zaman wokey..



Seorang dr Muslimah berhijab di wawancara pengacara asing yang mengatakan pakaiannya itu tidak mencerminkan pengetahuannya. Kami bersimpulan yang hijab itu simbul keterbelakangan dan kemunduran. Dia menjawab dengan cergas dan mengatakan "Manusi di masa awal hampir telanjang. Bersamaan dengan ilmu pengetahuan mulai mengenakan busana. Apa yang saya kenakan hari ini sebenarnya adalah lambang kecanggihan dan kemajuan berfikir. Yanag dicapai manusi berabad-abad lamanya. Adapun ketelanjangan yang ada sekarang adalah simbol keterbelakangan dan kembalinya manusia kepada kejahilan. Seandainya ketelanjangan itu simbol kemajuan maka bisa dikatakan para binatang itu telah mencapai puncak peradaban.

Ok, sentap tak.. Bagus plak jawapan ni, boleh jawab kat sapa-sapa yang panggil kita-kita yang bertudung litup ni mak cik-mak cik pas ni. 



3 comments:

  1. Ek elleh...maksudnya dedah sana dedah sini tu lah yang old school kan sekarang?
    Kena sebijik..

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...