advertisement

KAPAL TERBANG AIR ASIA HILANG

Ok, welcome back kat ai yang baru habis cuti..

Bercuti... tak pergi mana-mana pun, tak ada bajet untuk tahun ni. Haha.. Saja ambik cuti tahun, sambung sekali krismas. Ok la kan 4 hari balik kampung jumpa mak abah.

Nak keluar jalan-jalan pun tak ada mood sebab hujan. So, cuti-cuti ni banyak lepak kat rumah ja. Sambil-sambil tu dok mengikuti perkembangan banjir. Sepupu ai yang tinggal kat Kuala Kangsar pun kena juga. Habis semua barang-barang dorang rosak. 

Sabar ye semua mangsa-mangsa banjir. Allah sayang sebab tu kena ujian berat ni. Kami semua rakyat Malaysia bersama anda. 

Hari ni on da way datang kerja pun diiringi dengan hujan. Asyik kena hujan 2-3 hari ni, badan pun terasa nak demam ja. Lepas breaksfast tadi memang tak lupa telan Vitamin C siap-siap. Ubat demam ai.. >> Cegah demam dengan Vit C.

Dalam kita sibuk memikirkan dan mengikuti perkembangan banjir, sebuah pesawat Air Asia Indonesia dilaporkan hilang. Sedihnya.. lepas satu..satu musibah menimpa. Tahun 2014 ni memang tahun duka kan. Semoga Allah ampuni dan belas kasihan kan kita hamba yang lemah ni. 

Pesawat tu hilang macam MH37 ke? Kalau terhempas mana bangkai? Huhu.. 

Takut plak nak naik flight.. Cancel semua jadual ke luar negara.. (eh eleh, macam ada plan nak p oversea, over ja, hihi)

P/s: Doakan semua mangsa banjir, mangsa pesawat Air Asia yang hilang, MH 37 (masih tak jumpa2). Hentikan Malam Ambang 2015.. 

1 comment:

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...