advertisement

Hukum Pemakaian Telekung Lycra Yang Menjadi Tanda Tanya Ramai



Bila terbaca satu artikel tentang pemakaian telekung lycra ni, saya pun jadi tertarik nak tahu lebih lanjut. Konsep menutup aurat ni jelas, bagi muslimah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Menutup aurat ni bukan ketika solat sahaja, malah wajib menutup aurat jika berada bersama bukan mahram. 

Dulu penah ada isu tentang pemakaian telekung berwarna selain putih. Sebenarnya saya ada kongsikan dulu tentang ni, tentang itu boleh baca artikel saya yang sebelum ni hukum pemakaian telekung berwarna.

Akan tetapi, pada ruangan ini bukanlah saya nak bangkitkan tentang telekung berwarna tu. Adakah telekung lycra tidak memenuhi syarat menutup aurat?

_____________________________________________________________

Berhubung isu telekung lycra, hukum solat dan memakainya bergantung kepada tiga keadaan iaitu harus dan sah solat jika telekung itu besar dan tidak melekat pada tubuh. Solat mereka yang memakainya sah dan tidak perlu diragui kerana aurat terpelihara manakala syarat sah solat telah dipenuhi dengan baik.

Makruh hukumnya memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh hingga kelihatan agak seksi. Namun, solat mereka yang memakai telekung itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Bagaimanapun, haram seorang wanita memakai telekung lycra yang sendat dan melekat pada tubuh di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram kerana ia akan menimbulkan fitnah kepada semua pihak. Namun begitu, solat mereka yang memakainya adalah sah dan tidak perlu mengulanginya.

 
Syarat sah solat sempurna walaupun ia agak sendat. Penanda aurat tidak ditutup dengan sempurna dalam solat ialah apabila warna kulit boleh dilihat dengan jelas seakan-akan si pemakai tidak berbaju. 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa pemakaian baju ketat dan sendat tetap diharamkan terhadap wanita di luar kawasan rumah walaupun ia dikira menutup aurat dalam solat.

Haram golongan wanita memakai telekung nipis dan jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang) seakan-akan tidak berpakaian, apatah lagi apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram. 

Hukum ini bukan sahaja membabitkan perbuatan memakai, tetapi hukum solat mereka. Wanita yang solat dengan telekung seperti itu adalah tidak sah dan wajib mengulanginya kerana auratnya tidak ditutup dengan sempurna bahkan telah dikategorikan sebagai mendedahkan aurat dengan sengaja ketika solat.

Petikan diambil daripada ruangan BH Online .
_______________________________________________________________

Jadi jelas kan dengan keterangan tersebut. Tutup aurat bukan setakat melabuhkan pakaian tetapi longgar dan tidak jarang. 

Selamat maju jaya ;) 

wasalam..








 

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...