advertisement

CANTIK ATAU UNDANG SAKIT SI PEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI?



Sebagai perempuan, saya juga tidak terlepas daripada meminati kasut tinggi kerana corak dan rekaannya yang menarik. Akan tetapi, kesan buruk yang mungkin berlaku kepada pemakai kasut bertumit tinggi perlu dipandang serius.

Jika anda sayangkan diri anda, sebaliknya berhenti memakai kasut bertumit tinggi terutamanya 3 inci keatas. Jika perlu, cukup sekadar 1- 1.5 inci sahaja.

Kesan yang paling ketara adalah bahagian tulang. Selain kecenderungan yang tinggi untuk terseliuh di bahagian buku lali, masalah lain seperti radang saraf dan ligamen, sakit pada belakang buku lali, otot betis memendek dan sakit belakang.


_______________________________________________________________________________
Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit tiga inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.

“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya


Bahaya kasut tumit tinggi



  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh. 
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.


  •  Petikan disunting daripada, Harian Metro
    __________________________________________________________________________________
    Jika perlu memakai kasut tumit tinggi setiap hari kerana tuntutan kerja seperti model dan pramugari, anda perlu melakukan senaman dan regangan selepas membuka kasut.
    Senaman dilakukan dengan melunjurkan kaki dan mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan pada buku lali. Regangan kaki terutama pada bahagian betis boleh dilakukan dengan menjarakkan kaki ke bahagian sisi dan menekannya ke bawah beberapa kali.
    Juga digalakkan bertemu dengan pakar orthotik dan prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki bagi membetulkan tulang yang sering bergesel bagi mengurangkan geseran. 

    Kalau kes macam saya yang memang tak berapa cukup inci nak juga bergaya kononnya tinggi kan, saya suka memilih flat wedges. Macam kat bawah tu.
    pinjam google ja, kaki ai xada la lawa camtu..(hihi)
     Kalau macam tu kan lebih baik, ye tak?(sebenarnya memang tak pandai nak jalan kalau kasut tumit tinggi, Wedges macam tu la jadi pilihan). 
    Kenapa nak siksa badan, flat shoes no bad ma.. :)





    3 comments:

    1. tapi kalau dh terbiasa pakai heels.. pakai flat mc tk sedap pulak huhuhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. tu la, ramai yg biasa pakai heel, rasa tak selesa pakai flat. ikut la.. macam sya memang tak pandai pakai heel.. penah terseliuh kaki masa try pakai dlu.. hihi

        Delete
    2. sis pun suka pakai tumit tinggi tapi tahap wedges je lah sbb sis x berapa nak tinggi ... hehehee

      ReplyDelete

    Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...