advertisement

PANGGILAN TEMUDUGA



Rasa nak menjerit pun ada sekarang ni.. geram sebab lama dok mengantar resume ke sana sini tapi tak dak langsung panggilan untuk interview.. Kalau ada pun lain position di minta lain yang di offer nya.. Huhu..

Tiba-tiba semalam sebelum nak tidur tengok la handphone satu lagi (jarang guna,sebab tak leh online, haha) ada mesej dari tadika panggil interview untuk guru tadika..

Waa bestnya rasa, tidur pun senyum sampai telinga. Dah lama apply position ni, ntah pasaipa plak tak tau macam syiok ja jadi cikgu (cikgu tadika ja pun).  Ye lah, nak jadi cikgu sekolah tak lepas (tak berapa cerdik). Haha

Mesti nak tanya kan, ai kerja tak sekarang. Kan2..

Ai kerja sekarang, kerani kat syarikat engineering. Ai tiba-tiba rasa gedik nak tukar kerjaya. Haha.. Dulu penah ada pengalaman mengajar sat kat kampung, rasa best tau dapat ajar budak-budak. Rasa puas hati bile tengok kanak-kanak ribena ni boleh baca dan tulis. Ai paling suka kalau ngajar mate (ai memang sukaaaaaaaaaaaaaaa ngan mate).


keratan e-mail
Mesti nak tanya lagi kan, ai tak sayang ka kerja sekarang?

Sayang tu sayang jugak, dah setahun setengah ai kerja situ, tup2 cari kerja lain (sebenarnya gaji sikit, tak lepas nak hidup, haha). Ntah la, bila dah lama kerja rasa bosan plak, hari-hari wat benda yang sama ja. Sini syarikat kecik, tak dak punya department2 tu. So chance nak naik pangkat ke apa memang tak dak lah.. Tak ada perkembangan langsung kan? Tak kan selamanya nak buat kerja tuuuuuuu ja.

Interview tu esok, doakan ai ok ;)

Wasalam...

2 comments:

  1. Gudluck untuk Temuduga ni.. Semoga dapat apa yng diimpikan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah doned Int tadi.. Aamiin.. semoga dapat la keja tu.. huhu

      Delete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...