advertisement

BAHAYA MINUM AIR DETOK BILA...

Selain jeruk mangga asam boi tu air detok ni pun nak jadi fenomena plak sekarang ni. Ramai juga yang share pasal ni kan. Jadi saya pun nak juga kongsi. 

AWAS! 

Air detok ni memudaratkan tau jika diambil waktu bekerja. Sebab nanti semua kerja terbengkalai gara-gara asyik berulang alik ke tandas. Untuk yang kurang biasa, atau tidak mempunyai masalah sembelit selalunya anda akan berasa kerap ke tandas. Kalau waktu cuti, nak lepak2 kat rumah ja memang ok lah kan nak amalkan pagi, petang, malam pun air detoks ni. Hihi


Tak ada yang bahaya pun, saja nak try letak tajuk over..maaf ye! hamba tak buat lagi..Hihi..

Sebenarnya saya suka minum air buah ni terutamanya oren ngan limau. Semalam saya ada share pasal limau nipis dan limau kasturi. Hari ni nak share pulak pasal air detoks. Semua orang suka kan bila badan slim melim, baik lelaki mahupun wanita. betul tak?

Detoksifikasi ni ialah proses pembersihan badan daripada sisa toksin atau bahan yang tidak elok daripada badan. Toksin yang terkumpul boleh memudaratkan kesihatan, banyak nanti penyakit datang. 

pinjam google ja

Sebelum ni saya selalu ja minum air macam ni, buat jus minum lepas makan. Tambah pulak minum masa makan tengah hari dalam cuaca yang panas, perrghhh memang sejuk tegak ai tau.

Ala nak buat air detok ni senang ja, rendam2 je buah2 tu semua..

Kalau saya buat, saya letak buah oren, limau nipis, limau kasturi, dengan epal hijau. Kalau ada daun pudina, letak lah sekali, kalau tak ada pun tak apa.

Hiris nipis-nipis buah tu semua, then letak dalam jar tambahkan 1 liter air sejuk, pastu biarkan semalaman atau 8 jam dalam peti sejuk. Nasihat saya, seeloknya tak payah dah letak ais ketul. Ye lah dah nak simpan dalam peti sejuk, esoknya tu sejuk jugak air tu. Haha..

pinjam google jugak
 Kelebihan air detok ni ialah:-

> Membantu mencuci usus dengan segala sisa makanan yang lama.
> Rasa masam campuran buahan tersebut boleh menghilangkan racun dalam badan.
> Untuk kesihatan imun, kerana tinggi kandungan vitamin C
> Air yang menyegarkan.

Minum lah di waktu pagi sebelum makan, atau selepas makan tengah hari tu. Jangan pula tambah gula, kalau nak bagi manis2 sikit, boleh letak madu. hihi.(ada juga resepi tambahan)..



1 comment:

  1. saya selalu juga buat air detox ni tapi x perasan lak selalu masuk bilik air ... saya suka letak timun , halia dan limau kasturi ...

    ReplyDelete

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...