advertisement

KEHILANGAN...

Ya Allah sedih plak hati ni, nak taip pun susah.. Semalam aku dan seluruh keluarga di kejutkan dengan berita bapa saudara( Pak Njang) aku meninggal dunia pada jam 4 pagi 10 September 2014.

Patut lah cuti hujung minggu lepas masa on the way balik kampung lalu kat rumah arwah, tiba-tiba teringat arwah. Ya Allah.. Allah dah bagi hint tu yang arwah akan pergi.. Huhu.. Sebab aku call mak tak jawab, jadinya aku terus balik, takut mak risau. Aku tak sempat nak ziarah arwah ngan Mak Njang. Last jumpa masa raya puasa sebulan lepas.

Walaupun tak rapat gila2 tapi kira rapat jugak lah.. Camna nak cakap pun tak pasti..hihi..

Semalam lepas subuh aku pun siap2 la balik. Kul 9 pagi aku sampai kat rumah arwah. Panjang plak perjalanan aku semalam. Sebab aku tak boleh nak drive laju-laju sorang-sorang plak tu. Pas sampai aku tak terus tengok arwah, aku ambik wudhuk dan baca 1 juz Al-Quran sampai hati aku tenang sikit baru aku p tengok arwah untuk last sekali.

Kul 11 pagi arwah dimandikan dan selepas sejam lebih camtu, arwah siap dikafankan dan di bawa ke masjid untuk solat jenazah. Arwah di kebumikan jam 12 setengah dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Cuaca semalam seolah-olah memahami pemergian arwah, turut bersedih bersama ahli keluarga. Saudara mara yg dekat jauh datang menziarah, jiran tertangga pun turut hadir.

Arwah dulu orangnya ceria, kepoh, riuh rendah dengan lawak dan gelak tawanya yang mencuitkan. Lepas ni, kalau kenduri kendara dah tak ada suara tawanya. Tawanya yg lucu sgt menghiburkan..

Masa arwah dah sampai, masa kita tak tahu lagi, entah esok entah lusa.


Arwah
Romli Bin Ibrahim
dilahirkan pada 18-7-1957
wafat pada 10-9-2014

Al-Fatihah......

:(

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...