advertisement

HARI MERDEKA-51 TAHUN

Bulan ni bulan suka dan duka saya. Baru 2 minggu menjengah ke bulan ni, dah macam2 hal berlaku. Minggu depan saya akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 tahun. Nak sambut kelahiran pun macam tak dak semangat sebab macam2 duka yang saya terima baru-baru ni. Apa- apa pun hidup perlu diteruskan. Memang adat resam duniawi, mesti ada duka dan suka. ;)

Ok, hari ni Malaysia akan menyambut ulang tahun Hari Malaysia yang ke-51 tahun. SELAMAT HARI MALAYSIA SEMUA...

Dulu nama tanah air ini Tanah Melayu. Apabila digabungkan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak, Ianya di panggil Malaysia.
Bermacam-macam hal musibah yang berlaku kepada negara, kita sebagai rakyat mestilah merasa tempiasnya kan. Apa yang menjadi kekuatan kita adalah bersatu. Berdoa lah untuk kesejahteraan negara yang tercinta ni.

Anasir-anasir luar tak akan mudah menganggu gugat akan keaman negara jika rakyat dan pemimpin bersatu teguh dalam menjaga keamanan negara. Tak akan membiarkan anasir-anasir luar mudah mempengaruhi kita. Jangan sampai pisang berbuah dua kali.



WASALAM...

No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...