advertisement

BAKTERIA DAN JERAWAT

Salam Ramadhan 25,
Bersambung lagi punca yang kedua iaitu antara bakteria dan jerawat. Boleh baca sini untuk punca-punca jerawat . Boleh baca sini juga untuk point pertama. Apa kaitan bakteria dan masalah jerawat?
Untuk pengetahuan anda, bakteria biasa yang hidup pada kulit kita adalah Propionibacterium acnes, Proprionibacterium granulosum dan Staphylococcus epiermis. Makanan yang dimakan oleh bakteria tersebut pula ialah sebum yang terhasil pada kulit kita.
Oleh itu, orang yang mempunyai folikel rambut yang lebih banyak pada kulit mempunyai potensi yang lebih tinggi menghidap masalah jerawat berbanding dengan orang yang mempunyai folikel yang lebih sedikit.
Bakteria yang wujud pada kulit kita akan menarik sel darah putih ke folikel kulit dan menghasilkan enzim yang boleh merosakkan dinding folikel tersebut. Apabila dinding folikel rosak, kandungan folikel yang rosak itu akan masuk ke dalam lapisan dermis kulit.
Proses ini pula akan menyebabkan berlakunya radang atau kemerahan pada kulit yang mana anda akan dapat lihat pertumbuhan bonjolan merah, pustules dan nodules. Bakteria-bakteria ini juga membawa kepada pembentukan asid lemak yang menyebabkan iritasi kepada kawasan kulit yang ditumbuhi jerawat.
 Walaupun jerawat bukan sejenis penyakit yang merebak, tetapi tahap keterukan masalah jerawat yang dihidapi oleh pesakit bukan bergantung kepada berapa banyak bakteri yang terdapat pada kulit muka, belakang dan leher anda. Ini kerana aktiviti setiap bakteria pada kulit kita berbeza disebabkan oleh kesannya ke atas kewujudan oksigen, nutrien dan pH kulit.
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.
Bakteria-bakteria yang menyebabkan jerawat ini boleh dirawati dengan menggunakan benzoyl peroksida, tetracycline, antibiotik serta ubatan yang dihasilkan secara semulajadi seperti minyak cengkih, memakan ulam-ulam yang mempunyai anti oksidan dan sebagainya.
Bakteria-bakteria punca jerawat ini sebenarnya boleh dikawal dengan menjalankan rawatan agar persekitaran atau keadaan kulit muka anda tidak menggalakkan bakteria tersebut dari mengalami reaksi negatif kepada kulit. Reaksi-reaksi seperti penghasilan sebum yang berlebihan adalah faktor sebenar yang meningkatkan aktiviti bakteria pada kulit manusia. 
Namun, untuk pengetahuan anda, bukan semua bakteria yang hidup pada kulit kita membawa kesan yang buruk. Organisma-organisma ini atau bakteria jerawat bertugas untuk menghapuskan bakteria-bakteria lain yang boleh membawa virus dan melindungi dan mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.

Sampai sini sahaja dulu untuk penerangan kali ni. Bersambung lagi ke entry akan datang untuk point ketiga iaitu pemakanan dan jerawat. Stay tuned lagi ye. hihi..


wasalam...









No comments:

Post a Comment

Komenlah sikit apa-apa pun. Jangan lupa tinggal jejak sekali, senang nak terjah balik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...